PUSTAKAWAN S9

UKM - Bangi

Jawatan PUSTAKAWAN S9
Gred S9
Kategori Pengurusan dan Profesional
Sasaran TERBUKA
Tarikh Mula & Tarikh Tutup 2/7/2025 9:00 AM hingga 15/7/2025 11:59 PM
Syarat / Kelayakan

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah seorang warganegara Malaysia. 

2. Calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM2,470.00); atau

  2. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Perpustakaan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM2,470.00); atau

  3. Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Perpustakaan dan Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM3,020.00).

SYARAT LANTIKAN WAJIB

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pustakawan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pustakawan Gred S9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  1. mempunyai kelayakan di perenggan Syarat Lantikan (i, ii, dan iii); dan
  2. had umur pelantikan:
    1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.