PENOLONG PEGAWAI TADBIR N5

HPKK Cheras

Jawatan PENOLONG PEGAWAI TADBIR N5
Gred N5
Kategori Pelaksana
Sasaran TERBUKA
Tarikh Mula & Tarikh Tutup 22/9/2025 9:00 AM hingga 5/10/2025 11:59 PM
Syarat / Kelayakan

SYARAT LANTIKAN

  1. Calon bagi lantikan hendaklah seorang warganegara Malaysia. 
  2. Calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

       (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau

    ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau

    ii) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

        (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau

    iv) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

         (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,893.00).

SYARAT LANTIKAN WAJIB

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Tadbir (Kewangan) atau Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat Gred N1 dan Gred N2 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N5, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a) i. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau

    ii. lulus Peperiksaan Khas; dan

b) had umur pelantikan:

  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.