JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U5

HPKK Cheras

Jawatan JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U5
Gred U5
Kategori Pelaksana
Sasaran TERBUKA
Tarikh Mula & Tarikh Tutup 22/9/2025 9:00 AM hingga 5/10/2025 11:59 PM
Deskripsi Tugas
  1. Diagnostik:
    1. Melakukan prosedur dan analisis makmal serta menghasilkan keputusan tepat bagi membantu Pegawai Perubatan membuat diagnosis terhadap sesuatu penyakit bagi pengujian hematologi, biokimia, virologi, bacteriologi, dadah, sitologi, histopatologi dan lain-lain yang terdapat di hospital dan klinik kesihatan.
    2. Membantu bagi menjalankan ujian makmal bagi kes-kes pandemic seperti covid 19, influenza dan lain-lain lagi.
    3. Membantu penyediaan sampel post mortem dan pengujian dadah bagi kes-kes melibatkan undang-undang.
  2. Diagnostik khas:
    1. Menjalankan ujian diagnostik khas bagi penyakit-penyakit seperti leptospirosis, tuberculosis, HIV, pengujian protein, genetik, perubatan nuklear, PCR dan lain-lain yang memerlukan prosedur, kemahiran dan makmal khas.
  3. Transfusi darah:
    1. Menjalankan ujian kumpulan darah bagi penderma.
    2. Menjalankan ujian saringan, keserasian darah ke atas sampel darah sebelum diberikan kepada pesakit
    3. Menyediakan komponen darah mengikut keperluan jabatan
    4. Menyimpan dan melakukan inventori bagi bekalan darah.
Syarat / Kelayakan

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah seorang warganegara Malaysia. 

2. Calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Diploma Teknologi Makmal Perubatan atau Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred U5: RM1,974.00).

SYARAT LANTIKAN WAJIB

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Tiada keperluan