PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA5

HCTM Cheras

Jawatan PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA5
Gred FA5
Kategori Pelaksana
Sasaran TERBUKA
Tarikh Mula & Tarikh Tutup 2/12/2025 12:00 AM hingga 16/12/2025 11:59 PM
Syarat / Kelayakan

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: 

  1. Sijil Teknologi Maklumat, Sijil Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer atau Sijil dalam bidang Prosesan Data yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred FA5: RM1,650.00); atau

  2. Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred FA5: RM1,731.00); atau

  3. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred FA5: RM1,812.00); atau

  4. Diploma Sains Komputer, Diploma Teknologi Maklumat atau Diploma Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred FA5: RM1,974.00).

SYARAT LANTIKAN WAJIB

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.