HPKK Cheras
Jawatan | PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S9 |
Gred | S9 |
Kategori | Pengurusan dan Profesional |
Sasaran | TERBUKA |
Tarikh Mula & Tarikh Tutup | 22/9/2025 12:05 AM hingga 5/10/2025 11:55 PM |
Syarat / Kelayakan |
SYARAT LANTIKAN 1. Warganegara Malaysia; 2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut : i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM 2,250.00) atau ii) Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S9 :RM 2,470.00)
SYARAT LANTIKAN WAJIB Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan penolong pegawai pembangunan masyarakat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: a) mempunyai kelayakan di perenggan 1; dan b) had umur pelantikan: (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau (ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau (iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun
|