PEMBANTU PUSTAKAWAN S1

HPKK Cheras

Jawatan PEMBANTU PUSTAKAWAN S1
Gred S1
Kategori Pelaksana
Sasaran TERBUKA
Tarikh Mula & Tarikh Tutup 22/9/2025 9:00 AM hingga 5/10/2025 11:59 PM
Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas Pembantu Pustakawan seperti berikut:

  1. Membantu dan membuat pesanan bahan perpustakaan yang dicadangkan oleh pegawai atau penyelia; 
  2. Membantu menyediakan katalog dan indeks ringkas semua bahan perpustakaan; 
  3. Menguruskan dan mengendali urusan kewangan perpustakaan; 
  4. Membantu dan mengendalikan rekod perolehan dan pembayaran bahan perpustakaan; 
  5. Menjawab pertanyaan rujukan mudah mengenai bahan yang ada di perpustakaan; 
  6. Bertanggungjawab penggunaan aplikasi ICT perpustakaan; 
  7. Mengendali potongan akhbar/ artikel berkaitan dengan subjek yang berkaitan dengan Jabatan; 
  8. Merekod semua pinjaman dan pemulangan bahan perpustakaan; 
  9. Mengumpul dan menyediakan laporan statistik perpustakaan; 
  10. Bertanggungjawab dalam urusan pemuliharaan dan keselamatan sumber Perpustakaan; 
  11. Mengurus penjilidan bahan perpustakaan; dan 
  12. Tugas-tugas lain yang diarah oleh Pustakawan/Ketua Jabatan. 
Syarat / Kelayakan

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah seorang warganegara Malaysia. 

2. Calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

        i.     Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

               (Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,500.00); atau

      ii.      Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

               (Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,500.00); atau

    iii.       SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf  setaraf                  dengannya.

               (Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,561.00); atau

    iv.       SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

               (Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,622.00).

SYARAT LANTIKAN WAJIB

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Tiada keperluan.