HPKK Cheras
| Jawatan | JURUTERA J9 |
| Gred | J9 |
| Kategori | Pengurusan dan Profesional |
| Sasaran | TERBUKA |
| Tarikh Mula & Tarikh Tutup | 22/9/2025 9:00 AM hingga 5/10/2025 11:59 PM |
| Syarat / Kelayakan |
SYARAT LANTIKAN
SYARAT LANTIKAN WAJIB Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/Penolong Jurutera Gred JA5, JA6, JA7 atau JA8 dan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB5, AB6, AB7 atau AB8 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jurutera Gred J9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: (a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau (ii) lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Jurutera Malaysia/Institut Jurutera Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan (b) had umur pelantikan: (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau (ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau (iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
|